6 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

 6 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Amalan gaya hidup sihat sepatutnya menjadi RUTIN kepada setiap seseorang untuk kekalkan pelbagai manfaat di jangka masa panjang.


Ramai yang menyedari amalan gaya hidup sihat apabila mereka sudah mengalami sakit. Sepatutnya ia patutlah dipupuk sejak dari kecil lagi.


Rina nak share beberapa perkara amalan gaya hidup sihat yang kita boleh lakukan supaya ia menjadi habit dari kecik sehinggalah besar.


1) MENJAGA PEMAKANAN SEHARIAN

Kalau kita tengok dari apa jua sudut mahupun nak kurus semua akan berbalik kepada PEMAKANAN. Pemakanan adalah sangat penting untuk tubuh badan kita . Pemakanan yang tak seimbang akan menyebabkan segala risiko penyakit yang akan datang.

Malahan bukan disaat kita sudah tua jer penyakit itu datang , tapi di zaman yang serba MODEN ini, ramai apabila meningkat dewasa mereka dah boleh terjebak dengan pelbagai risiko yang berbahaya seperti KANSER dan sebagainya.


2)MELAKUKAN SENAMAN ATAU RIADAH

Aktiviti riadah memberi pelbagai manfaat untuk tubuh kita seperti meningkatkan kecergasan badan, sistem kardiovaskular , sistem pernafasan dan sebagainya.

Melaku senaman atau aktiviti riadah akan memberi kesan terhadap tubuh badan kerana kita boleh menghidu udara segar berbanding kita tidak melakukan apa-apa . Namun aktiviti senaman perlulah dilakukan seimbang dan juga tidak berlebihan.


3) JAUHI DIRI DARI TEKANAN DIRI

Tahukah anda jika selalu stress akan menyebabkan berlakunya kesan yang tidak baik untuk kesihatan kita ? Apabila kita mendapat tekanan dan tidak dapat kawal dengan baik ia akan memberi tekanan terhadap sel yang ada pada tubuh badan kita. 

Apabila tekanan terhadap sel dan tidak dapat lagi berlindung dari serangan-serangan yang berlaku dari situlah pelbagai penyakit yang akan datang.


4) MENJAGA KEBERSIHAN RUMAH DAN PERSEKITARAN

Menjaga kebersihan dan persekitan rumah juga amatlah penting kerana ia akan memain peranan emosi yang stabil.

Apabila kita nampak rumah dalam keadaan yang bersih ia juga akan memberi emosi yang tenang dan kesihatan fizikal dan mental juga terjamin.


5)MENGHINDARKAN DIRI DARIPADA AKTIVITI NEGATIF

Tanpa kita sedar kita selalu berfikir tentang apa yang orang akan katakan pada diri kita . Kita terlebih memilih untuk menjaga perasaan orang lain dari kita.

Jika persoalan siapakah yang paling anda sayang , semestinya jawapan pertama bukanlah diri anda sendiri.

Perkataan negatif akan memberi efek terhadap tubuh badan kita, seperti tekanan perasaan dan sebagainya. Oleh itu , jika ada perkara-perkara negatif yang anda dengari anda sendirilah yang mampu untuk lawan supaya tidak terus terjebak sebaliknya anda terus berfikir positif dan tidak bergaul dengan perkara-perkara negatif.


6)MENDAPATKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

- Ramai yang tidak cakna untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sebanyak 1 kali setiap setahun. Bagi yang tidak mampu anda juga boleh melakukan di klinik kesihatan yang bernilai RM1.00. Jika bagi yang mampu anda juga boleh lakukan di klinik swasta yang berdekatan.

Ianya amatlah penting untuk untuk memastikan tahap kesihatan yang baik. Kerana MENCEGAH itu lebih baik dari MENGUBATI.








Comments

Popular posts from this blog

TINGKATKAN KESIHATAN JANTUNG DENGAN COQ - TROL PLUS

TIPS HILANGKAN PARUT DENGAN VITAMIN E

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah