TIPS KEKAL KURUS SELEPAS HARI RAYA OPEN HOUSE.
5 TIPS KEKAL KURUS SELEPAS HARI RAYA OPEN HOUSE.
Tapi apabila selepas habis raya, ramai yang mencari jalan untuk bagaimana nak kurus, yerlah dah bermacam-macam karbo yang kita masuk tanpa kita sedar. Jadi Rina nak cerita bagaimana untuk kekal kurus selepas hari raya.
1) Berpuasa
Tahukah anda berpuasa adalah diet yang terbaik untuk kita turunkan berat badan. Berat badan bukan sekadar penting bagi tujuan penampilan, tetapi juga untuk mengekalkan kesihatan badan.
Berat badan berlebihan dimaklumi sebagai faktor risiko bagi banyak penyakit termasuk kencing manis, tekanan darah tinggi dan masalah pernafasan.
Amalan PUASA jika dilakukan dengan betul, banyak hikmah dan kebaikannya dari sudut sains mahupun Islam.
Terdapat banyak kajian yang menunjukkan kesan puasa kepada kesihatan tubuh kita. Jadi, amalan pemakanan sihat amat penting ketika berbuka dan bersahur agar kita dapat kebaikan puasa itu sepenuhnya.
Puasa dapat merangsang beberapa perubahan yang melibatkan metabolisme badan dan perubahan ini membantu ke arah pembersihan dan pembaikan dalam badan. Ketika berpuasa organ-organ dapat berehat dan kerehatan ini membantu badan membuang segala kotoran serta toksin di samping memperbaiki sel-sel (Adventures in Therapeutic Fasting, Dr. Lonny J. Brown (Ph.D) )
2. Makanan yang seimbang
Selain dari itu pemakanan seimbang juga haruslah dititikberatkan dalam pemakann seharian kita.
Amalkan pemakanan mengikut piramid yang ditetapkan. Kurangkan karbo , lebihkan protien dan juga sayur-sayuran .
3) Minum air yang mencukupi
kurangkan pengambilan air manis, hal ini kerana dengan pengambilan air manis akan membuat berat badan akan lebih menaik berbanding jika mengambil air kosong.
4)Melakukan senaman
Kebaikan senaman bukannlah hanya boleh dapat menuruskan berat badan. tetapi dengan senaman yang seimbang akan meningkat metobalisme. Selain itu dapatkan mengurankan kadar stress dan lain-lain lagi manfaat. Tapi saya pasti ramai yang risau untuk bersenam dengan keadaan cuaca yang sangat panas sekarang. Anda boleh melakukan senaman ringkas juga di rumah.
5)Tidur yang mencukupi
Ramai yang mengambil endah dengan tidur yang tidak berkualiti . Tidur yang mencukupi memberikan badan kita masa dan tenaga untuk pulih daripada ketegangan hari sebelumnya dan membantu kita untuk kekal cergas dan fokus sepanjang hari. kekalkan jadual tidur , perhatikan makan dan minum anda dan capai ritual tidur.
Rina doakan supaya anda semua dalam keadaan sihat sejahtera. Jika nak dapat lebih tips atau ingin ajukan sebarang soalan boleh ws Rina di bawah.
In syaa Allah Rina akan sharekan pengalaman Rina yang dulunya susah untuk turun berat tapi kini mapu lost sebanyak 15kg.
Comments
Post a Comment