FEEDBACK BLOGMEGASHAKLEE 1.0 DAN KENAPA NAK JOIN 2.0
Alhamdulillah syukur dengan izin Allah dapat join untuk blogmegashaklee 1.0. Pada mulanya tak terjangka pun kena buat blog. Terus mendaftar sebab teruja ada hadiah Vivix. Mana tahu ada rezeki kan.
Malahan lagi semangat sebab ada rakan-rakan yang lain pun buat artikel blog ni. Bila tak tahu ada kawan-kawan yang tak kenal dalam ni juga yang sudi bantu. Syukur Alahmdulillah, memang suka lah nak tulis artikel ni. kadang-kadang idea tu banyak mencurah-curah.
Terima Kasih kepada Master Norita dan juga Master Salwa kerana buat blogmegashaklee ni, untuk saya yang memang tak pernah belajar buat blog merupakan satu ilmu yang sangat-sangat baru. Terima kasih juga buat kawan-kawan yang berada dalam projek 1.0 ini, semaunya sangat friendly dan sudi membantu antara satu sama lain.
Dan semoga untuk projek blogmegashaklee 2.0 saya dipilih dan diizinkan oleh Allah. Semoga dengan projek 2.0 ni saya dapat belajar banyak lagi mengenai artikel yang ditulis , apa yang perlu dibaiki dan ditambah baik dan semoga dengan penulisan artikel ini juga dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
Comments
Post a Comment