BERKESAN KE DIET KAEDAH INTERMITTEN FASTING
Bila viral sesuatu isu pasti ramai yang takkan kertinggalan , Almaklumlah zaman dihujung jari , jadi info mudah untuk diterima atau dicari . Tak terlepas juga pada mereka yang ingin menurunkan berat badan , rata-rata ramai yang mempunyai masalah berat badan dan solusinya nak DIETT.. kaedah bagaimana tu pelbagai cara yg diamalkan dan yang paling hangat sekarang adalah Intermitten Fasting . Persoalannya.. Berkesan ke KAEDAH ni ??
Berkesan atau tidak semuanya bergantung pada pengamal IF tersebut. Sebelum tu jom kita ketahui apa itu Intermitten Fasting (IF) . IF adalah sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan (eating window) dan waktu untuk anda berpuasa (fasting window).
Melalui kaedah IF, anda hanya akan menikmati makanan pada waktu tertentu sahaja. Selain daripada waktu makan tersebut, anda akan berpuasa. Antara tujuan IF sebenar adalah untuk melatih diri kita menggunakan lemak sebagai TENAGA. Jadi pelbagai kaedah dan sistem boleh digunakan oleh pengamal IF mengikut kesusaian masing-masing.
Oleh itu pengamal IF perlu tahu FOKUS UTAMA mereka untuk IF adalah untuk ape . Ini kerana setiap sistem berpuasa yang diamalkan oleh pengamal IF mempunyai KELEBIHAN masing-masing , dan juga mempunyai STRATERGI yang berbeza dan TERGET yang berbeza.
Rajah dibawah saya akan kongsikan beberapa stratergi berpuasa yang lebih popular dan berkesan kepada kebanyakan orang :
Walau apa pun pilih lah IF yang sesuai dengan praktikaliti diri sendiri untuk seharian. Jangan membebankan diri untuk menggunakan tempoh berpuasa yang tidak sesuai.
Sebagai permulaan yang bijak kita boleh bermula step by step . Ingat berikan tubuh badan kita masa , sebab anda tidak gemuk dalam jangka masa PENDEK, begitu jugak untuk KURUS !
Teruskan bepuasa untuk kesihatan anda , dan pandanglah kehilangan lemak anda benefit sampingan.
Jom Mulakan !
#ShakleeKl
#ShakleeKeramat
#ShakleeSetiawangsa
Comments
Post a Comment