TIPS BISNES ONLINE

 TIPS BISNES ONLINE

Assalamualaikum rakan-rakan yang dihormati dan disanyangi oleh Allah s.w.t.Hari yang simple , harini Rina nak share tentang TIPS BISNES ONLINE.

Rina bukanlah seorang bisnes online yang sepenuh masa , masih lagi bekerja tapi disamping itu Rina juga membuat bisnes online .Dah kerja tapi masih nak buat bisnes ? Bukanlah suatu perkara yang sangat mudah untuk Rina sendiri decide , sebab dulu Rina memang mentah-mentah tolak bisnes online ni. 

Tapi takdir Allah tu sangat-sangatlah seronok , Allah pertemukan Rina dengan bisnes online pada mulanya kerana environment yang positif.Ya dulunya permikiran yang sangat-sangat lah negatif , memberi kesedaran tentang suni business iaitu Shaklee memberi Rina harapan yang Rina sendiri mempunyai IMPIAN yang besar , PELUANG yang besar pada suatu hari nanti.

Dan paling-paling Rina sayang sekali dalam ukhwah ni ialah PERSEKITARAN YANG POSITIF, di mana Rina jumpa leader-leader yang dah ramai pun berjaya , yang income nya 6 angka tetapi diorang punya sifat ingin membantu orang lain berjaya sama dengan mereka yang telah berjaya.

Satu ilmu pun mereka tidak pernah kedekut untuk berkongsi. Dan tiada istilah hasad dengki yang muncul . MasyaAllah sungguh Rina rasa bertuah duduk dalam circle yang macam ni.
So jom Rina share TIPS BISNES ONLINE lagi-lagi mereka yang ada kerja tetap.


O - PPORTUNITY

Bisnes online memberikan peluang yang besar kepada yang ingin mencari income tambahan, lagi-lagi bila bekerja di bandar yang mempunyai kos hidup sara yang tinggi. Sedikit dan tidak banyak mampu untuk mengurangkan beban.

Namun jangan lah sia-sia dengan peluang yang diberikan , pengurusan masa amat-amatlah penting untuk mereka yang mempunyai lebih dari satu kerja.



N-NETWORKING

Dalam business online peluang kita untuk mandapat kenalan baru adalah juga sangat penting . Dari semasa ke semasa kita perlu mencari pelbagai customer yang baru dengan add rakan-rakan baru dari Facebook , instagram dan sebagainya.

Namun kadang kala kita juga perlu untuk offline , walaupun kita sudah melakukan online untuk membina kepercayaan dan dari situ juga menjaga prospek kenalan kita.

L-LOOK

Penampilan bekerja online juga memain peranan emosi dalam kita nak berkerja. Seeloknya di awal pagi kita dah siap-siap mandi seperti kita hendak pergi bekerja. Pemakain memain peranan penting untuk orang lihat kita dari segi kekemasan dalam menjual.

Kalau pakai baju dengan tidak kemas juga memain peranan emosi yang tak stabil , malahan boleh akibat stress pulak kan. setuju tak ? 


I- Irresponsible

Dalam melakukan bisnes online sikat bertanggungjawab perlu dipakasa. Kerana apabila kita kerja tak sama semperti di pejabat. Jadi rasa tanggungjawab itu kita hadirkan dan niatlah untuk melakukan kerana Allah, bukan sesiapa supaya kita boleh mendapat rezeki yang lagi berkat.



N- No Discipline

Disiplin sangat lah penting dalam pengurusan masa. Tanpa disipin semua yang nak buat pun tak jadi. Tengok sana , tengok comment netizen lah , dan paling bahaya apabila dah kesuntukan waktu dan tak cukup masa. Buat to-do-list dan paksa untuk disiplin. Kerana untuk berjaya kena PAKSA diri . Orang lain mungkin boleh paksa tapi sampai bila ? kesudahannya kita sendiri yang give up.


E-Engagement.

Engagement sangatlah penting kerana dari situ kita boleh dapat pelbagai feedback dan mengeratkan silaturahim yang panjang. Tanpa engagement seseorang itu boleh terus berhenti membeli produk apabila dia tidak dapat kesan yang mereka nak.

Kita boleh tanya soalan yang sangat simple sama ada barang dah sampai , okay tak barangnya , okay tak apabila makan dan sebaginya.


Itu sahaja TIPS BISNES ONLINE yang Rina boleh share 

Semoga bermanfaat.


Comments

Popular posts from this blog

TIPS HILANGKAN PARUT DENGAN VITAMIN E

TINGKATKAN KESIHATAN JANTUNG DENGAN COQ - TROL PLUS

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah