PETUA HILANGKAN JERAGAT

 PETUA HILANGKAN JERAGAT

Tahukan anda apa itu jeragat ? dan bagaimana ianya terjadi ?


Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata. 

Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam. Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda. Ini menyebabkan wajah anda kelihatan tidak menarik dan gelap.



PUNCA JERAGAT BERLAKU

#1 TERDEDAH KEPADA SINARAN MATAHARI 

Seperti yang kita semua ketahui sinaran matahari akan mengeluarkan sinaran Ultraviolet (UV). Sinaran UV terdiri daripada tiga jenis :

Ultraviolet A – Cahaya ini adalah cahaya yang paling banyak dalam matahari, ia mampu menembusi lapisan kulit atas dengan mudah. Cahaya UV A akan menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu penyambubg seterusnya menyebabkan masalah kulit kulit serta punca terjadinya jeragat dan yang lebih teruk kanser kulit.

Ultraviolet B – Cahaya ini adalah kurang berbanding UV A kerana UV B kebanyakannya telah diserap oleh lapisan ozon. Cahaya UV B ini akan menyebabkan kulit menjadi terbakar atau sunburn.

Ultraviolet C – Cahaya ini merupakan yang paling berbahaya terhadap kulit. Tetapi jangan risau kerana cahaya ini tidak sampai ke bumi disebabkan diserap oleh lapisan ozon.

  

#2 PERUBAHAN HORMON/ RAWATAN HORMON

Pil perancang kehamilan merupakan salah satu punca terjadinya jeragat. Pengambilan pil ini amat jelas diperkatakan sebagai punca terjadinya jeragat walaupun seseorang itu tidak mempunyai sejarah di dalam keluarga yang mengalami jeragat.

 

#3 PENGGUNAAN KOSMETIK

Penggunaan kosmetik yang berbahaya dan tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan kulit menjadi jeragat. Bahan-bahan terlarang yang digunakan boleh menyebabkan kerosakan kulit kepada pemakai.

 

#4 FAKTOR KETURUNAN

Faktor genetik juga dipercayai penyumbang kepada masalah jeragat yang dihadapi oleh seseorang itu.



3 LANGKAH HILANGKAN JERAWAT.


#1 MENJAGA PEMKANAN DIET HARIAN.

Menjaga pemakan adalah faktor yang sangat penting , pemakanan yang tidak berkhasiat akan menyebabkan adalah punca utama jerawat dan seterusnya jika tidak dijaga dengan baik akan menjadi jeragat.


#2 MENGAMBIL PEMAKANAN YANG TINGGI ANTIOKSIDAN

Pengambilan makanan yang tinggi antioksidan akan dapat membantu merawat sel-sel yang mati untuk menjadi sihat.

Hal ini adalah kerana apabila sel-sel yang tidak sihat telah terdedah dengan pelbagai radikal bebas dan toksin yang menyebabkan sel tidak sihat dan menyebabkan puncanya berlaku jerawat dan jeragat.


#3 PENGUNAAN KOSMETIK DARI ALAM SEMULAJADI

Pengambilan bahan kosmetik amatlah penting bagi mengelakkan berlakunya kerosakan kulit yang lebih serius.

Anda juga perlulah memakai bahan sunscreen yang tidak memberhaya bagi melindungi dari cahaya sinaran uv yang boleh menyebakan jeragat atau jerawat mengalami lebih serius.








Comments

Popular posts from this blog

TIPS HILANGKAN PARUT DENGAN VITAMIN E

TINGKATKAN KESIHATAN JANTUNG DENGAN COQ - TROL PLUS

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah