TIPS KEKAL SEMANGAT

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua , Harini Rina nak kongsikan kata-kata motivasi iaitu bagaimana nak terus kekal semangat dalam apa jua yang kita lakukan. Tak kisahlah walau apa kita lakukan sama ada di tempat kerja ataupun dalam dunia business atau sebaliknya. 


Dalam kehidupan semestinya kita pasti akan merasa penat dan lelah . Itu adalah normal dalam sebuah kehidupan. Kerana setiap manusia pasti akan merasai perasaan gembira dan sedih. 

Kawan-kawan yang dikasihi sekalian, kita boleh bersedih tetapi janganlah terlalu lama , kita boleh melayan perasaan tetapi jangan biar diri sendiri hanyut lama. Rina kongsi kerana Rina sendiri melaluinya dan mungkin sedikit dapat membantu kawan-kawan untuk bangkit bersama.


TIPS KEKALKAN SEMANGAT



1) Ubah Cara Berfikir yang lebih Positif 

Dalam keadaan yang penuh dengan ujian terlampau banyak perkara yang bemain diminda dan terlalu banyak perkara yang kita soalkan sedangkan kita tidak tahu sama ada ianya betul ataupun tidak.

Di sini Rina nak kongsi kenapa kita perlu ubah cara kita berfikir kerana selama mana kita dibelenggu dengan tanda tanya dan berfikiran yang negatif selagi itu tidak akan datangnya kekuatan ataupun semangat dalam diri kita.


Dalam Hadis juga ada menyatakan bahawa:

Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu” 


(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

In Syaa Allah selepas kita ubah cara fikiran kita akan pasti ada semangat walaupun sikit untuk membuat kita untuk bangkit dan kekal semangat.



2)Talk to Allah.

Secara jujurnya sebagai hamba manusia kadang kita tak terlepas dari leka dan lalai. Kerana kita akan sentiasa dihasut oleh syaitan yang akan menyesatkan kita.

Perbanyakkan doa , membaca Al-Quran dan lengkapkan solat fardhu.

In syaa Allah apabila kita banyak dekatkan diri dengan Allah dan banyakkan berselawat Allah pasti memberi jalan kepada setiap hambanya.


3)Bersyukur dalam apa jua keadaan

Bersyukurlah kita masih diberi peluang untuk bernafas dan meneruskan kehidupan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik daripada semalam. Rasa syukur membantu kita menjadi lebih positif dan bersemangat dalam menjalani kehidupan yang membuatkan kita selalu dekat dengan kebahagiaan.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, Nabi SAW berdiri solat (malam) sehingga pecah kedua kaki Baginda. Lalu beliau bertanya kepada Baginda SAW: “Kenapa engkau lakukan ini, hai Rasulullah? Bukankah Allah SWT telah mengampunkan dosamu yang telah lalu dan akan datang? Lalu Baginda SAW menjawab:


يَا عَائِشَةُ أَفَلاَ أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا


Maksudnya: “Wahai Aisyah! Tidakkah engkau menyukai aku menjadi hamba yang bersyukur.”


Riwayat al-Bukhari (4837)



4)Elakkan dari mendengar perkara negatif

Disaat kita sedih jiwa kita juga pasti lemah. Ada yang suka untuk melayani lagu2 sedih disaat jiwa yang telah lemah semangatnya. Tahukah anda bahawa disaat kita melayani perasaan sedih dengan lagu sedih badan kita juga akan turut memberi kesan terhadap gelombang otak dan impak kepada diri dan keseluruhan badan.


Sebaiknya kita mendengar alunan zikir yang dapat menenangkan dan hari demi hari yang akan membuat kita terus untuk bangkit.



Akhir kata, hanya diri kita yang mampu untuk tolong diri sendiri, Datanglah beribu mentor hebat sekalipun tetapi disaat kita memilih untuk terus melayan rasa sedih dan untuk tidak terus bersemangat pastinya ia tidak akan bergerka.


Rina doakan kawan-kawan yang sedang diuji dipermudahkan segala urusan.




Comments

Popular posts from this blog

TIPS HILANGKAN PARUT DENGAN VITAMIN E

TINGKATKAN KESIHATAN JANTUNG DENGAN COQ - TROL PLUS

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah