BERKESAN KE DIET KAEDAH INTERMITTEN FASTING

Bila viral sesuatu isu pasti ramai yang takkan kertinggalan , Almaklumlah zaman dihujung jari , jadi info mudah untuk diterima atau dicari . Tak terlepas juga pada mereka yang ingin menurunkan berat badan , rata-rata ramai yang mempunyai masalah berat badan dan solusinya nak DIETT.. kaedah bagaimana tu pelbagai cara yg diamalkan dan yang paling hangat sekarang adalah Intermitten Fasting . Persoalannya.. Berkesan ke KAEDAH ni ??



Berkesan atau tidak semuanya bergantung pada pengamal IF tersebut. Sebelum tu jom kita ketahui apa itu Intermitten Fasting (IF) . IF adalah sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan (eating window) dan waktu untuk anda berpuasa (fasting window).

Melalui kaedah IF, anda hanya akan menikmati makanan pada waktu tertentu sahaja. Selain daripada waktu makan tersebut, anda akan berpuasa. Antara tujuan IF sebenar adalah untuk melatih diri kita menggunakan lemak sebagai TENAGA. Jadi pelbagai kaedah dan sistem boleh digunakan oleh pengamal IF mengikut kesusaian masing-masing.

Oleh itu pengamal IF perlu tahu FOKUS UTAMA mereka untuk IF adalah untuk ape . Ini kerana setiap sistem berpuasa yang diamalkan oleh pengamal IF mempunyai KELEBIHAN masing-masing , dan juga mempunyai STRATERGI yang berbeza dan TERGET yang berbeza.




Rajah dibawah saya akan kongsikan beberapa stratergi berpuasa yang lebih popular dan berkesan kepada kebanyakan orang :


SISTEM
THE HALF-DAY FAST
(SISTEM 12:12)
- untuk mereka yang baru bermula untuk amalkan Intermitten Fasting

- Menggunakan konsep Breakfast , Dinner dangan Snek yang minimal

- Bermula pada 7, 8 atau 9 malam berpuasa sehingga 7, 8 atau 9 pagi
keesokan harinya.

- Untuk mereka yang nak DIET SECARA SIHAT dan mempunyai berat
badan yang optimum

- Boleh dibuat oleh ibu yang mengandung dan menyusukan anak
LEANGAINS
(SISTEM 16/8)
- Berpuasa selama 16 jam / 14 jam dan berbuka tempoh 8-10 jam

- Jumlah tempoh makan yg diambil waktu makan adalah 2-3 kali
hidangan sepinggan lengkap yg besar.

- Menunjukkan kadar pengurangan berat badan dan lemak lemak optimum
dalam jangka masa 6 bulan atau setahun walaupu tanpa melakukan senaman.

- Menunjukkan peningkatan kadar kesihatan klinikal terbaik selepas
melakukan IF secara konsisten dalam tempoh 3 bulan ke atas,
dpt mengurangkan kadar kolestrol,
HbA1C dan Blood sugar count harian di bawah pas yang normal.
WARRIOR DIET
(SISTEM 18/6 @ 20/4)
- Tempoh berpuasa (18-20 jam) dan tempoh makan (4-6 jam)

- Untuk mereka yang dah biasa dan pengalaman mengamalkan Leangains

- Pilihan ini adalah lebih efisyen untuk sesorang yang inginkan
kadar PEMBAKARAN LEMAK lebih cepat

- Untuk mereka yang UTAMAKAN KESIHATAN dan
ingin mengelak dari menghidap penyakit kronik

- Bepontensi mengurangkan lemak dalam tubuh sekiranya diet harian
dipantau teliti dan mengikut teori Kalori Harian (Calorie IN < dari Calorie OUT)

Walau apa pun pilih lah IF yang sesuai dengan praktikaliti diri sendiri untuk seharian. Jangan membebankan diri untuk menggunakan tempoh berpuasa yang tidak sesuai.

Sebagai permulaan yang bijak kita boleh bermula step by step . Ingat berikan tubuh badan kita masa , sebab anda tidak gemuk dalam jangka masa PENDEK, begitu jugak untuk KURUS !

Teruskan bepuasa untuk kesihatan anda , dan pandanglah kehilangan lemak anda benefit sampingan.



Jom Mulakan !

#ShakleeKl
#ShakleeKeramat
#ShakleeSetiawangsa


Comments

Popular posts from this blog

TIPS HILANGKAN PARUT DENGAN VITAMIN E

TINGKATKAN KESIHATAN JANTUNG DENGAN COQ - TROL PLUS

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah