9 SEBAB KENAPA COMMUNITY SHAKLEE SANGAT BEST

Pada permulaan apabila melihat orang buat Business Shaklee memang rasa tak suka, kenapa boleh ada pandangan macam tu ? Al kisahnya dulu pada mula-mula Rina bekerja dapat pengalaman untuk buat sales, sales yang kena kejar target hari-hari. stress sangat ! balik kerja sakit kepala fikir apa nak jawab dengan boss sebab tak capai target ! Selepas resign dari kerja memang dah set takna buat sales , kalau ada kerja sales pun memang takkan ambik.


Tapi kuasa Allah, pada tahun bermulanya covid, waktu Rina dikuarantin , masa tu rasa stress sangat, sebab baru boleh keluar tiba-tiba dah kena kurung sebab kurantin. Pada suatu hari datanglah leader Rina iaitu Izan Joni, waktu tu memang dah consume Shaklee tapi tak minat nak buat business. Dan tiba-tiba waktu tu ada sharing dari leader Rina, kebetulan Rina join sebab tak tahu nak buat apa. Dan pada waktu itu jugalah, hati Rina mula berubah. Rasa hati yang kosong tiba-tiba diisi dengan sesuatu yang tak pernah Rina rasa.Tiba-tiba juga terus ws kak Izan lepas habis sharing , saya nak join buat business. antara aura yang Rina dapat adalah positive !


Ya sebab pertama adalah positif, kata-kata mereka pada waktu itu sangat-sangat positif , memang sangat Rina suka. Dan dari situ juga Rina belajar macam mana nak jadi positif untuk diri sendiri , terlalu banyak dari segi mindset yang dulu negatif dah bertukar jadi positif sebab dah bergaul dan dapat energy positif. Kedua ukhwah, ukhwah yang sangat-sangat seronok, walaupun Rina tak pernah kenal mereka tetapi mereka sangat baik. Secara jujurnya bila kita tahu pangkat Master pastilah pangkat mereka ini besar seperti boss-boss, waktu itu Rina ingat lagi, waktu pertama kali Rina join kelas offline selepas covid, berjumpa dengan Master Wan Muliani, MasyAllah sangat peramah, baik, dialah yang tegur kita , kita segan nak tegur dengan Master. Sebab memang sejenis sangat pemalu dan paling susah nak keluarkan suara. Dan dari situ jugak Kak Yani always tegur dari instagram untuk rapatkan ukhwah, Alhamdulillah dari situ saya nampak business ni bukan sekadar business jer tapi ukhwah yang sangat mahal. Mereka seperti kakak yang sangat sayang akan adik-adiknya yang masih kecil. Malah bukan seorang sahaja , tapi boleh dikatakan semua leader-leader dalam tu semua sangat baik . Berkongsi kisah kejayaan dan memberi semangat kepada orang-orang baru yang ingin berjuang dalam business Shaklee.


Ketiga, nak bahagia kejarlah ilmu akhirat , kalau dulu rasa susah sangat nak berselawat tetapi bila ada zoom saharing dari Master Zura betty , Rina rasa sangat seronok. sbb bila nak pergi kerja jer terus bukak dan sambil-sambil bawak kereta sambil berselawat. Dan akhirnya menjadi rutin setiap hari yang sentiasa dicari-cari selepas subuh. Bukan itu sahaja , malah ada perkongsian booster rohani yang dikongsikan oleh setiap leader. Keempat, ilmu yang sangat meluas, banyak sangat ilmu yang boleh dipelajari , dan sesuatu yang paling saya suka ialah dari Saintis iaitu Dr Redza rahman, ilmu yang sangat mahal yang susah sangat nak dijumpai , kalau sebelum ini saya hanya tahu apa kelibihan produk , tetapi sekarang Rina belajar bagaimana bahan aktif dalam produk shaklee bertindak dalam tubuh badan kita.

Kelima,tak kedekut ilmu, walaaupun berbeza group tapi takde istilah untuk kedekut ilmu , master-master hebat semua sangat baik nak berkongsi ilmu-ilmu yang mereka ada. sebagai contoh sekarang , ada projek blog megashakleee, sedangkan Rina bukanlah dibawah group mereka , tapi mereka sudi ajar dan bimbing sebaiknya untuk menjayakan program ni. walaupun kami lain group tapi di Shaklee diterapkan kami semua adalah satu family. keenam, kalau dulu kita sering mendengar pelbagai keluhan tentang orang lain seperti mengumpat, tetapi di Shaklee saya di didik untuk menerima kekurangan orang lain, di dalam Shaklee tak pernah nak dengar orang mengumpat sana dan sini. dia itu dan ini.



Ketujuh, tiada paksaan . kerana bila buat sales saya tak pernah jumpa untuk leader-leader marah bila kita tak buat sales , kerana apa business ni business kita , kita punya company jadi hasil tu semua dari usaha kita dan result kita , malahan leader akan bantu dangan penuh rasa kasih dan sayang untuk bantu kita berjaya-jaya bersama-sama mereka. leader boleh tunjuk ajar dan beri ilmu , tapi diri kita juga perlu bergerak untuk capai kejayaan. kelapan business yang sangat harmoni, tiada istilah kaya kan orang atas, ramai yang fikir bila buat business MLM akan kayakan orang atas, tidak sema sekali dan tidak akan jumpa di Shaklee. kerana bila orang atas tak buat business , kita boleh rank up sehingga Master. Itulah sistem Shaklee yang sangat adil.

Dan yang terakhir,bila dalam komuniti Shaklee kita bukan keseorangan , kerana kita boleh cari sesesiapa sahaja untuk mintak pendapat dan pandangan. kerana nak berjaya kita perlu beramai-ramai, kerana kalau seorang kita hanya akan pergi jauh.


Pendek kata, syukur yang tak terkata Allah izinkan saya jumpa dengan leader-leader dalam Shaklee yang sangat hebat dan baik. Walaupun kadang-kadang kita penat tapi percayalah bila kita memberi kebahagiaan kepada orang lain, penat itu akan hilang itulah yang pernah saya rasa disaat saya penat dengan ujian , saya mencari untuk memberi kebahagiaan kepada insan yang lain , semestinya didahului dengan keluarga dan rakan-rakan yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS HILANGKAN PARUT DENGAN VITAMIN E

TINGKATKAN KESIHATAN JANTUNG DENGAN COQ - TROL PLUS

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah